Monday, March 14, 2011

entri sibuk-sibuk

saya tengah kebosanan. budak-budak kat kampung ni ramai. tapi semua, bukan semua lah saya tak layan.hehe. kadang-kadang tu rasa serba salah jugak tak layan diorang ni tapi apakan daya,haha saya tak reti nak layan. faham tak? mesti ade je orang cakap, "alah, setakat layan budak-budak pun tak reti ke?" yes. saya memang tak reti. saya pernah try layan diorang tapi tak best laa, saya rasa tak best. saya penah try buat lawak, macam main dengan budak-budak lah kan, then budak tu boleh gelakkan saya. penah main teka-teki, tapi senang kacang je budak tu jawab. lagi satu, saya bila main dengan budak-budak ni, pastu ade orang tua, orang besar lah kan, saya jadi segan. saya pun tak tahu segan sebab ape, tapi saya malu,haha. ntah pape kan. sebab tu saya suka layan budak kecik yang masih baby. baby tak banyak songeh. diam je. paling-paling pun menangis kejap, bagi susu senyap lah dia. pastu makan je ape yang orang bagi, tak pilih-pilih. pastu takde nak buli orang kan?haha

so, kalau saya nak adik, saya nak adik tu time dia baby je. dah besar taknak.haha kalau dia budak baik okay lah saya jaga dia sampai besar.hehehe

saya ni kan, seorang yang :

1. suka budak-budak tapi yang perangai baik sahaja. yang nakal, malas nak layan.

2. saya pemalu sebenarnya. dengan orang yang saya tak kenal or baru kenal je lah.haha, even dengan sedara, sepupu semua mane ada saya rapat dengan diorang. balik kampung, duduk dengan mama je. orang tanya, jawab, orang senyap, senyap lah.

3. saya geli gila dengan lipas. lagi-lagi lipas terbang. kalau dia ada dalam bilik, tak tenang saya nak tidur.

4. saya suka masuk popular, mph. sebab saya suka usha part novel. kalau takde duit lagi pun, nak pegi jugak menyemahk kat dlam tu, target novel ape yang nak beli nanti. hish kalau laah saya banyak duit, nak borong semua novel tu.

5. saya tak suka tidur dalam gelap, sama macam cik hidayah.

6. saya suka men-decorate hadiah. balut, tepek ribbon, tepek kad comel.haha, so, sesiapa nak saya tolong balut hadiah,comel-comel(lah konon), call saya ni nombor 0172******.cehh, haha

7. saya seorang yang clumsy, kot. saya selalu langgar benda-benda yang tak sepatut nya saya langgar. saya langgar dinding, meja. selalu.

8. saya suka jadi bendahari!

9. saya suka usha budak hemseng. tapi, saya tak gatal okay, cuci mata je, hehe saya suka usha sorang budak ni, saya panggil die jb. dia sangat cool. pandai. saya rasa dia budak yang baik budi bahasa sebab saya tak penah dengar dia mencarut. eh penah, sekali, tp tak teruk sangat. kat sekolah pun dia macam pendiam plus pemalu. tapiiiiiiiiiii, dia sekolah kat sekolah lama saya. kan saya dah pindah. so, tak boleh nak usha dia dahhh..sedih kan? tapi nasib baik saya ade reporter kt sana,haha siapa lagi, mestilah cik hidayah dan cik jolina.hehe

10. err saya dah lupa nak tulis apa.

thank you! :)

No comments: