Tuesday, September 6, 2011

dont judge a book by its cover

assalamualaikum :)

emm saya nak cerita pasal raya sebenarnya tapi sebab belum ada mood nak cerita,sebab raya saya agak boring.hehe nanti lah saya cerita eh ;)

okay saya nak cerita tentang jenis-jenis orang yang saya jumpa sepanjang perjalanan saya pergi dan balik kampung.

okay, first situation.
kitorang berhenti kat r&r mana tah, nak solat. pastu bila masuk surau tu, ade lah 3 orang ni. diorg tu satu family lah. surau tu dah lah kecik.diorang duduk dalam tu macam surau tu untuk family dia je. then bila kitorang masuk, tengok tengok macam diorang duduk bersepah lah,sebab mula-mula takde orang kan. then ade sorang ni, dia belum solat lagi, tapi dia duduk kat tengah surau tu. and bayangkan, surau tu kan kecik, so dia tu macam belum ssolat. so kitorang letak lah beg sebelah dia, sebab nak amik wuduk. pastu dia boleh buat muka macam tak puas hati. ntah pape. okay yang ni boleh tahan lagi. lepas tu, tempat amik wuduk surau tu pun ade satu paip je. and betul-betul tepi pintu. bila turn saya yang amik wuduk, diorang yang tadi tu, nak keluar. okay lah. tiba-tiba dia bukak pintu macam badan besar sangat tak muat pintu tu. dah lah kat luar tu macam ade orang lelaki. saya pun mula-mula consider lah jugak, maybe betullah dia tak muat. then saya ke tepi lah sikit. pastu dia dah keluar, pintu pulak tak tutup. saya lah kaan dalam hati dah bengang gila. tak paham ke, kat luar tu ada orang lelaki, kita yang kat dalam ni pulak tengah amik wuduk. tak pikir ke? then saya pun terpaksa lah tutup pintu tu sendiri jugak. time tu kan tengah marah. konon-kononnya nak tutup pintu kuat-kuat bagi orang tu dengar, hehe saya tolak pintu tu kuat-kuat. tapi pintu tu tak terhempas kuat pulak sebab pintu plastik.so dia slow je pegi.haha

okay pastu ni versi lain pulak. bila mak saya masuk surau tu balik, sebab nak panggil saya, salah sorang family dia ni tengah amik wuduk. eh belum amik wuduk lagi time tu, dia gosok gigi kat situ. dah lah lama gilaa. pastu bila mak saya nak bukak pintu, nak masuk dia macam "iiisssshhh" macam mengeluh lah. maybe dia nak marah sebab bila bukak pintu tu kan menghala ke luar. so dia segan lah aurat terbuka. tahu pun nak marah. time dia buka pintu, tak hengat pulak? bukannya kita saja nak bukak pintu tu bagi orang luar nampak, dah memang area amik wuduk tu sangat kecik, and betul-betul sebelah pintu. nak buat macamana? pastu mak saya cepat-cepat tutup pintu balik. sabor jelah

pastu ade waktu ni, kitorang tengah solat. then tengah-tengah solat tu tiba-tiba ada bunyi orang bukak pintu pastu ada suara orang lelaki. saya nak tanya lah kan, patut ke, ayah awak bukak pintu surau perempuan semata-mata nak bagi air mineral? dah nama pun surau perempuan kan, respect lah sikit privacy orang lain. buat macam surau tu surau family dia sorang pulak.

hmm tak tahu lah saya nak cakap apa diorang ni. family dia, semua muka baik gila-gila-gilaaa, muka suci je. pasti jenis yang nampak alim-alim gitu. haha pelikkan? i thought people who are wearing those tudung labuh, pakai stokin, muka baik tu memang baik perangainya. hmm rupanya, haha. sebab tu lah orang kata, "DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER !" haha

saya mintak maaf kalau ada yang tak puas hati ke, terasa ke, apa-apa. saya cuma cerita apa yang saya alami.haha

ish, tak baik nya saya mengumpat time-time syawal ni kan,hehe Astaghfirullahalazim  ^_^



No comments: