Monday, September 9, 2013

Tangguh lagi ye anak-anak

Assalamualaikum

Harini 9 september 2013. Sepatutnya. Sepatutnya lah kan, saya dah fly dah harini. Sepatutnya malam tadi smpai lah nak berlepas akan ada sesi bersalam-salaman dan menangis-nangis dengan family. Tapi itu cuma bayangan *muzik sedih sikit*. Haha dah la takyah nak over sangat lah ajlaa.

Tak tahu nak update ape sebenarnya ni,hehe. Tapi, sebab ada lah dua tiga orang yang selalu pesan kat saya 'jangan lupa update blog' banyak-banyak kali so saya update lah sikit ye. Haha

Nak buat pengumuman ni. Tarikh flight saya DITANGGUHKAN LAGI. YEAYYY!! -_________-

Setakat ni masih belum dapat exact punya date tapi apa yang diberitahu, insyaAllah antara 5-12 oktober 2013. Antara sebab flight kami ditangguhkan adalah kerana kerajaan meminta pihak yang menguruskan penghantaran pelajar ke Mesir ni, untuk tangguh dulu sampai keadaan betul-betul stabil kat sana. Lagi satu, sebab kuliah untuk pelajar baru kt Mesir pun ditangguhkan. Diorang start kuliah pada 19 oktober 2013.

Kalau tengok kalendar, Raya Haji 15 oktober. Tak tahu lah saya sempat raya sini ke tak,haha. Jauh di sudut hatiku (cehcehh) teringin jugak nak merasa kemeriahan raya haji kat Mesir tu,hehe. Senior-senior banyak cerita pasal pengalaman raya kat sana, best sangaaaaatttt. Tapi, saya tak kisah. Kalau betul, ada rezeki saya kat sana, insyaAllah saya dapat pergi. :)

Honestly kan, dalam hati ni memang rasa taknak belajar kat mana-mana selain Mesir. Rasa macam, kalau dapat universiti tempatan pun, saya tetap nak pilih Mesir. Tak kisah lah tangguh sampai bila pun, saya nak jugak tunggu Mesir ni. Hati saya dah terikat dengan Mesir. Ceehhh poyo tak ayat. Lols. Tapi betul laa, hati saya rasa macamtu. *muka serius*

Saya tak tahu lah sampai bila sesi tangguh-menangguh ni akan berlanjutan. Harap-harap penangguhan sehingga awal oktober ni adalah yang terakhir untuk batch kami. (Tolong amin kan. hhehe)

Takpe lah, saya redha. Mesti ada hikmah disebalik semua benda ni kan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua di dunia dan akhirat..Amin.

Selamat malam donia ! salam


No comments: