Thursday, December 30, 2010

Best sangat (?)

Haah emang best bila pindah rumah ni. Lagi lagi bila kena angkat kotak kotak yang entah apa isinya, isi yang merapu rapu, yang berat gila tak boleh belah. pastu ditambah pula dengan senaman tambahan, kena ulang alik naik tangga yang lebih kurang 24 anak tangga. <<tengok, anak tangga pun saya dah kira. Memang peluh berlumba lumba la nak meleleh.

Oh ye rumah saya yang baru ni, tak besar, rumah apartment je. jadi, memang lah urusan pindah rumah ini berjaya buat kami sekeluarga runsing dan tension sikit. ha! juga berjaya buat mama dan abah dan kakak demam, batuk batuk. dah berapa botol ubat batuk cap kelapa laut diteguk, macam minum coke je, aduii. untung tauke ubat batuk tu, kitorang dah jadi pelanggan tetap dah beli ubat tu. dan abeman pula saya bersin bersin banyak kali gila gila sebab dia memang alergi dengan habuk. kesian oh,haha. cuma saya dengan long saya je yang tetap cool, haha takde pun demam demam batuk batuk. *cough cough*

Eh tak, tipu. hehe yes saya ada jugak batuk batuk soksek soksek (selsema) tapi takde lah demam. hmm kenapa saya tak demam eh? kalau demam boleh jugak cekelat pegi tidur dalam bilik, tak payah kena angkat kotak kotak tu, kemas kemas almari, pastu jumpa lipas. ee.

Eh! apa lah, tak baik tau mintak demam pulak. Allah dah bagi badan tu sihat walafiat, makan selera, malah bertambah selera lagi, nak mintak sakit pulak. ish ish betul betul tak baik. Astagfirullah..

Ha sambung balik, urusan pindah rumah ni memang berjaya buat kitorang kurang sihat sebab, kitorang dari rumah besar, eh tak lah besar tapi besar sikit dari apartment ni, tiba tiba pindah rumah yang kecil berbanding yang dulu. bayangkan, rumah dulu besar (tak lah besar sangat) , mesti barang barang pun banyak, pastu pindah rumah kecil sikit. ha, mana mau letak barang barang yang dulu tu. so terpaksa lah kitorang letak je mana mana tempat yang ada ruang. rumah ni takde stor. so tak boleh nak sumbat barang ke dalam tu. 

Hoi, bersyukur lah weh, ada lagi orang yang lagi kecil rumah daripada kau. ada jugak yang takde rumah langsung.hmm

Alhamdulillah.

Hmm dah beberapa hari tergendala nak hapdate blog ni sebab memang tak sempat. nak hapdate pasal pegi indonesia haritu pun dah berapa kali tergendala. tengok lah bila ada masa banyak nanti saya update ya =)

Tolong doakan saya sekeluarga dapat bereskan barang barang rumah ni, siap kemas cepat cepat. Amin. sekolah dah nak bukak dah.hmm

No comments: