Friday, December 31, 2010

goodbye 2010 #1

Hmm tahun 2010 ni memang banyak gila kenangan pahit dan manis yang saya lalui.

ceh ayat standard.

Okay okay, nak senaraikan. Jap.

Kenangan manis macam cotton candy =)

  1. yang bestnya, tahun ni saya dapat rapat dengan ramai cikgu kat sekolah saya ni ha. tak tahu lah macam mana boleh rapat..tiba tiba cikgu cikgu tu ingat nama saya. saya ni ha memang suka bila cikgu ingat nama saya. rasa macam diingati.haha terima kasih cikgu!
  2. saya berjaya tunaikan azam saya yang besarrr punya, iaitu belajar betulbetul untuk dapat 8A dalam PMR. dan akhirnya, alhamdulillah..impian tercapai =)
  3. saya dapat kawan dengan JB! (eh, bukan justin bieber okay)
  4. oh ye, tahun ni jugak saya ade lah beberapa kali naik pentas. naik dapat hadiah sebab group kitorang menang forum remaja, tempat pertama wooo. tak sangka dapat belasah beat budak form 5! lepas tu naik lagi sebab dapat hadiah untuk apa tah tapi untuk pendidikan islam. sebenarnya hadiah tu untuk kawan saya lagi sorang tapi ustazah cakap dia untuk siapa siapa yang ustazah pilih masuk hafal ayat hafazan tu.so ustazah pilih lah saya dan si ungu ni.lagi,, ermm ada lagi tak? tak ingat lah
  5. tahun ni jugak saya lebih bersemangat nak study. lagi lagi time berapa bulan nak PMR tu.lepas tu banyak jugak lah stayback kat sekolah, tumpang toilet cikgu, dengan kebenaran cikgu yaaa..pastu lepak lepak kejap kat bilik kaunseling. kadang kadang bila poket kitorang berisi sikit boleh lah pegi lunch kat Anjung Selera. hmm hidangan biasa saya, kuah kari, ayam goreng dengan kerabu mangga.ha cukup kot ada sayur jugak kan. lepas tu balik sekolah solat, then study dekat foyer B. eh, foyer C ke B tah. sebelah bookshop.haha sekolah sendiri pun tak tahu. time hujan berangin kuat gila sempat lagi record video si pipi tembam menyanyi lagi "aku puteri duyung menunggu di rumah". bagus gila dia gubah lagu tu.
  6. hmm apa lagi ek? 
  7. saya paling rindu tempat duduk saya dalam kelas 3C, tepi sekali, tepi tingkap, depan sekali.huh time angin bertiup, best gila! dan tak dilupakan, every moment with si ungu and si pipi tembam.especially time kita semua jadi gila sekejap. haha thanks friends! sayang korang gilagila
Hmm buat masa ni, ini saja yang saya dapat ingat tengah tengah malam ni. nanti sambung lagi ya, sambung kenangan pahit sekali.

Good night,  =)zzzzz

1 comment:

nhn said...

saya suka no 5!