Sunday, December 5, 2010

Saya pergi ke MAHA (!)

Ceh ter excited lebih pulak. hmm seperti yang saya tulis kat atas ni, ya, saya pergi ke MAHA atau nama sebenar/nama panjang gila dia, Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show 2010 ( ha tengok panjang kan nama panjang dia ). Semalam.

Okay, saya datang dengan family saya, of course. dan...jalan nak masuk dekat tempat parking tu punya lah..Masya-Allah. Jam gila gila gila. time tu mulut sendiri membebel  "apa lah yang best sangat MAHA ni sampai jam macamni?" hehe. rasanya ktorang stuck dalam jam tu dalam sejam lebih jugak. padahal, ktorang dah berada dekat dekat dah dengan tempat parking tu. kalau tak jam rasanya 5-10 minit je kot boleh sampai.

 Tahap kebosanan melampau.

Hmm biasalah bila jam ni, mesti ada, mesti punyalah ada 'pemandu berhemah'. maksud aku, pemandu yang suka potong lane guna emergency lane yang lane kat kiri sekali tu kan. (eh?betul kan?). Ha, sama lah yang macam aku jumpa masa tersekat dalam jam tu. dan, memang ramai rupanya pemandu yang jual ikan selfish macam ni. serius ah kalau nampak orang macamni, sakit hati gila oh. yelah, kita punyalah beratur, tiba tiba eh, selamba der je memotong  kereta ni! ha mesti marah kan. oh ya, time jam tu ada sorang 'pemandu berhemah' ni learned a lesson. hah padan muka kau. dia selamba badak je potong lane kan pastu bila kitorang dah jalan kat depan sikit, eh tengok tengok kereta dia rosak. tak boleh start. see, kan dah kena. pastu 'pemandu berhemah' lain yang ikut belakang dia semua stuck sebab dia. pastu 'pemandu berhemah' lain tu mula lah, tergedik-gedik bagi signal nak masuk lane biasa tu. ha kau ingat orang nak bagi kau laluan?lepas kau selamba der je potong lane?hah??(terlebih pulak). pastu ktorang dah jalan depan, aku tengok kat belakang, 'pemandu berhemah' yang lain tu tak lepas lepas lagi nak keluar. semua orang fed up taknak bagi laluan. "tu lah, siapa suruh jadi 'pemandu yang sangat berhemah'?"

Okay sambung perjalanan jauh yang tak jauh sebenarnya. AKHIRNYA, dapat jugak masuk satu parking ni. and luckily, kitorang tak payah jalan jauh untuk naik shuttle untuk sampai dekat tapak MAHA tu. okay actually kitorang naik macam trak, pastu ditarik oleh traktor. eh tak tahu nak cakap dia macamana.

Ha ni gambar dia. tapi traktor yang tarik dia tak termasuk dalam gambar, heheh

Sambil sambil menunggu giliran nak naik shuttle tu, makan aiskrim roti. lama tak makan oh. sedap gila, haha





Akhirnya, sampai jugak kat tapak MAHA tu. okay, dah nampak orang jual jual kiranya dah sampai lah kan?
lepastu jalan jalan dan wahh ada KFC, Pizzahut dan Ayamas bergerak oh! haha tergila sekejap. tapi memang ramai gila lah orang beratur nak beli kan. 

Okay cerita pasal MAHA, ha, buah buahan dia jual murah gila dan macam macam ada! bayangkan, kitorang beli macam macam buah, bila pergi bayar, "8 ringgit sahaja ya". TAPI satu je takde(tak tau la kalau saya yang tak jumpa) DURIAN TAKDE!!!huaaaa tak boleh nak bodek abah beli durian:(

lepastu jalan lagi tengok tengok pameran pastu makan Jelly Kelapa yang sedap gila, two thumbs up lah. serius sedap. hmm pastu apa lagi ya? ha sambung jalan jalan makan jagung bakar ha! lepas tu..... 












kitorang balik lah. haha mama dah penat jalan so, "okay, jom balik!"

Selebihnya,


 Tembikai bentuk segi empat?hmm

 
" Hoi tunggu aku lah!"

Sekian, terima kasih =)

No comments: