Thursday, December 2, 2010

Saya sayang cikgu!

Hmm  aku nak cari balik guru kelas aku time darjah 4 di sekolah rendah dulu. nama beliau Siti Fairuz tapi tak sure lah Siti Fairuz ke Fairus. cikgu ni comel dan lawa. sebab tu aku suka!hehe cikgu ni jugak merupakan seorang guru yang sangat baik dan tegas. walaupun pernah sekali tu beliau bengang dengan budak kelas aku time tu, beliau marah-marah satu kelas, eh cop tapi aku tak bersalah okay, budak baik.haha. okay sambung cerita. walaupun beliau marah gila gila satu hari tu, tapi beliau tetap menjadi guru tersayang aku sebab,, entah lah, aku sayang cikgu tu. tapi kan, seingat aku lah, rasanya lepas beliau marah-marah tu beliau minta maaf balik kat kitorang..(ha tengok, baik tak cikgu ni?)

Time darjah 4 tu beliau ajar kitorang kelas muzik dengan bahasa melayu. dan aku pandai main seruling eh apa ntah nama dia yang bentuk dia panjang pastu ada lubang lubang untuk kita letak jari untuk buat bunyi untuk menghasilkan lagu ( ha, tengok berapa banyak untuk dah). Ha, dengan cikgu ni lah aku pandai main lagu Twinkle Twinkle Little Star yang comel time darjah 4 tu.

Tapi, sedihnya, aku tak jumpa jumpa lagi cikgu ni balik. search dekat facebook punya lah berlambak gila orang bernama Siti Fairuz. binti aku tak ingat, ha macam mana mau cari? habaq maiii..

HUAAAAARGH tolong lah, saya rindu cikgu ni. tapi nanti kalau terjumpa face-to-face, hmm mesti ai malu malu kucing nak tegur cikgu.

Cikgu, cikgu ingat saya lagi tak?

4 comments:

nikaliaaqistina :) said...

ahaa nama alat tu recorder ajlaa :D btw kte pun rndu cgu tu :')

Nuraj said...

haha kte tak ingat oh.:D eh awk sama kelas dgn kte kan time dgn cikgu tu?

nikaliaaqistina :) said...

yupp. 4 baiduri , kann ? :D

Nuraj said...

haah!hehe