Sunday, November 28, 2010

Doktor Gigi

tadi pegi jumpa dentist. okay gigi aku sakit. dah lama sebenarnya tapi dah banyak kali delay tak nak pegi jumpa dentist sebab.......aku takut. heheh actually aku takut eh bukan takut ngilu hmm ye kot ngilu dengan bunyi besi besi yang dia guna untuk check gigi tu. pastu aku tak suka dengan penyedut air liur eh jap penyedut saliva (sedap sikit bunyi ) dengan bunyi dia yang kurang menyenangkan tu then kadang-kadang tu dia sedut sekali kita punya lidah dengan bawah lidah tu. eww.

Tapi aku suka dengan bau bilik yang tempat kita check gigi tu. macam menenangkan jugak lah. setakat ni, bilik -bilik check gigi yang aku pernah masuk semua sejuk gedi gila tak boleh belah. asal dia sejuk sangat eh? dentist tu tak sejuk ke dalam bilik tu?

Oh ya, tadi pegi check gigi doktor cakap "gigi awak okay, takde masalah pape, cuma datang next 6 months untuk buat check up". perghh lega gila bila doktor cakap macamtu. tapi kenapa gigi aku sakit eh?kadang-kadang.

Jadi doktor gigi ni macam best. check gigi orang je. mesti dia dah bau macam-macam jenis bau mukut orang kan. sabar jelah. tapi dentist kan pakai mask. still boleh bau ke? hmm  tapi yang penting, cita-cita aku bukanlah menjadi seorang dentist ( tiba-tiba je )    :-)

No comments: