Friday, June 3, 2011

kau ada?*

assalamualaikum. :)

okay, saya nak cerita pasal CITRAWARNA yang saya masuk kat sekolah. korang tahu citrawarna tu apa? tak tahu? kesian. event citrawarna ni masuk tv tahu?hehe tapi rtm 1 lah. oh ya, kalau nak tahu, event ni diadakan dalam masa kitorang exam. cikgu sendiri pun tak tahu kenapa mereka buat event ni dalam masa kitorang exam. saja lah tu, nak menurunkan prestasi para pelajar. -_-

TAPI ! budak-budak berebut nak masuk citrawarna ni. diorang niii, tak risau langsung nak exam. pastu nak menyibukkan diri lagi dengan masuk benda ni. >>oh tak sedar diri, diri sendiri pun masuk jugak benda tu.hehe

practice citrawarna ni, 3 kali seminggu, selasa rabu khamis. and practice start 2 minggu sebelum exam. pastu time exam pun diteruskan lagi. pastu exam minggu pertama, time time tu jgk lah practice citrawarna ni dibanyakkan lagi. seminggu tu straight belah petang practice citrawarna. sebelah malam konon-konon nak study. tapi yang masuk dalam kepala berapa percent je, lain lain, syaitan ganggu, bergayut kat mata, suruh tutup buku, tidur. oh, kejam betul kau ni syaitan ! minggu kedua pulak practice tu makin banyak sebab actual day dia dah dekat. hari ahad, isnin selasa, dari pukul 8 pagi sampai 5 petang practice kat pwtc. hari rabu khamis, dari pukul 3 petang sampai 12 malam, kat dataran merdeka. and yes, balik penat penat tengah malam tu, tidur dalam beberapa jam, esok pagi bangun kena jawab exam pulak. hebat kan?haha then hari jumaat, full dress. dari pukul 3 petang sampai 1 pagi. 

the actual day, hari sabtu. event tu sebelah malam. tapi pukul 9 pagi dah ada kat sekolah. buat apa awal awal niii? duduk kat sekolah, make up. semua orang wajib make up ya. budak budak lelaki pun make up jugak. make up dia, tak boleh belah tebal gila. eyeshadow, blusher semua nak pekat pekat. sebab apa? sebab kitorang nak masuk tv.haha kau ada?* :D

pukul 4 camtu baru gerak pergi dataran merdeka. sampai sampai, betul kan pakaian asli kitorang, pasang skirt daun ape tah, pastu pin kan baju, seluar, selendang, skirt, semua semua lah, dengan safety pin. tak tahu lah berapa banyak safety pin yang kitorang guna, tak terkira. sebab taknak bagi seluar terlondeh time menari. eh kitorang pakai baju and seluar sukan okay di dalam.haha

pastu lepas maghrib terus start amik position untuk buat performance. kitorang macam berarak sambil bawak props ape semua tu. kitorang kena menari kat 3 checkpoint. first, kat dataran merdeka, then kat depan air terjun em apa eh nama tempat tu, tak ingat. pastu last skali kat depan hotel noble. perghh memang penat. tapi sangat fun ! memang rugi kalau siapa siapa yang tak join citrawarna ni. 

(tarian sewang ni was performed by smk ttdi and smk sec 4,kota damansara. yang baju hijau terang gilagila and pegang topeng tak comel tu lah sekolah saya. oh ya, anda akan mengalami kesulitan untuk melihat saya, sebab saya berada di position yang tepi sekali dan, camera tu memang dengki dengan saya, thats why dia tak rakam gambar saya.hehe)

itu baru performance untuk setiap segmen, macam macam tarian. group kitorang tarian sewang. tarian orang asli.lupa nak bagitahu.hehe

(tarian ni, semua sekolah menari serentak. sekolah saya bahagian tepi so tak masuk camera sangat,haha)

lepas dah habis semua segmen, pastu amik position untuk tarian mega zapin pulak. tarian ni semua sekali menari dalam satu masa. then, sambung pulak MTA atau malaysia truly asia. lepastu, joget lambak. lepastu, tarian bebas. lepastu, lambai lambai kat agung dan permaisuri agung. okay, dengar macam boring, tapi trust me, it was a fun and one of the memorable moment in my life. experience yang susah didapati di tempat lain.

lepas habis je event tu, balik khemah, amik amik gambar dengan kak adah, abang izul, kak erin and abang ayie. koreografer kitorang yang sangat cool and happening.

abang ayie yang sangat cool. fyi, dia koreografer dalam mari menari. kenal?haha

abang izul yang sangat baik hati. tak penah marah kitorang.hehe

kak adah. agak garang, tapi baik sporting sebenarnya. selalu cuak bila kena tunjuk step depan dia oh,hehe
kak erin, comel. selalu selamba je layan kerenah gedik budak lelaki. kak erin jugak yang tolong pin kan pakaian saya, oh terharu sekejap.

CITRAWARNA
Colours of Malaysia
(apa yang best sangat pasal benda ni??)

1. first time punya experience.
2. takkan lupa citrawarna ni.
3. saya dapat lebih ramai kawan bila masuk group ni. and saya jumpa geng yang sekepala dengan saya.
4. makanan yang di sponsor boleh tahan, kat pwtc, makanan tak sedap. bila kat dataran baru makanan dia superb.>>alhamdulillah, ajlaa.
5. oh ya, event kitorang ni organiser nya ialah PakNgah Production. kenal tak, kenal tak pakngah tu?haha batak.
6. first time make up tebal gila. sampai tengok cermin rasa macam tengok orang lain, bukan diri sendiri.
7. masuk citrawarna ni buat saya jadi lebih komited dan berdikari.
8. bersemangat hafal step sebab taknak kena marah dengan kak adah depan orang ramai.
9. first time balik rumah lewat lewat malam. >>oh tak elok untuk remaja perempuan,hehe
10. first time saya rasa berani nak perform tarian macamni depan orang ramai. >>rasa macam tak percaya yang saya dah perform tarian tu depan orang.
11. costume kitorang warna hijau terang gilagila. pastu seluar dia, besar, longgar sangat. tak boleh lupa waktu rehearsal hari jumaat tu, lari lari pastu berderet budak budak stop kat tepi jalan sebab seluar jatuh.haha kelam kabut gila angkat, ikat balik.
12. beli safety pin banyak gila. pastu pin kan pada hampir seluruh badan sebab taknak pakaian terjatuh time menari,haha tak terkira berapa banyak pin kitorang guna.
13. saya dapat jumpa Pak Ngah. kau ada?*haha
14. kalau nak tahu, tak nak tahu pun saya bagitahu jugak, citrawarna kali ni memang ramai yang jatuh time perform. semua group ada yang jatuh. sebab licin, time tu hujan renyai renyai. yang jatuh depan agung dan permaisuri pun ramai. kesian diorang. saya? tak. sebab step saya takde lompat lompat lari lari macam diorang. eh, saya ada lari tapi, alhamdulillah, tak jatuh.hehe
15. group sewang, saya rasa lah, group yang paling menarik. sebab baju kitorang unik. orang asli lah katakan. pastu kitorang ada topeng, ada rambu ramba, and plusss, baju kitorang tu, warna dia sangat lah terang.haha group lain semua baju macam biasaaa je,cehceh.
16. kitorang juga jadi famous sekejap. ramai tourist datang nak amik gambar dengan kitorang,ngehngeh

saya tak dapat nak senaraikan lagi sebab memang banyak benda benda best berlaku sepanjang citrawarna ni. tak menyesal saya join walaupun kena struggle gilagila untuk exam. saya rasa nak ulang balik hari citrawarna tu oh. kalau ada lagi peluang untuk masuk benda macamni, memang rugi lah kalau tk amik.haha


baju ni semua orang dapat size L. kesian yang badan kecik kecik tu.



see? betapa besarnya seluar tu, sebab tu kena letak safety pin banyak banyak. (abaikan muka ter-over excited itu)

make up tebal gila -_-

okay, dah tak larat nak membebel lagi. secara tuntas, (cehceh) citrawarna ni meninggalkan memori terindah dalam hidup saya. ya lah, bukan senang nak join benda macam ni. kau ada?*haha gurau gurau. alhamdulillah sebab saya berkesempatan join citrawarna 2011.

thank you :)




2 comments:

nhn said...

amboi,gangster dah sekarang.ceh ceh

Ajlaa said...

ape pulak gangster? mana ada mana ada! =P