Friday, June 7, 2013

BAIK vs BURUK

Assalamualaikum pembaca sekalian~ *berangan ada orang baca jap*

Kadang-kadang kan, pernah tak kita bersyukur dengan apa yang kita ada selama ni?
Pernah tak fikir berapa banyak nikmat yang telah kita kecapi selama kita hidup?

Manusia. Ramai yang tak bersyukur. Tak dinafikan, saya juga salah seorang daripadanya.
Kadang-kadang tu, terfikir jugak,' kenapa benda ni tak jadi pada orang lain? Kenapa kita pula yang kena?'
Rasa macam betul-betul tak adil. Saya pasti, ramai yang pernah mengalami benda yang sama.

Allah jadikan kita berbeza-beza. Ada yang berkulit putih, ada yang berkulit gelap. Ada gemuk,ada kurus. Ada miskin,ada kaya. Ada pandai, ada bodoh kurang pandai.
Bagi manusia yang tak bersyukur, dia akan persoalkan. 'kenapa aku miskin,kenapa aku hodoh sedangkan orang lain sempurna'
Bagi yang waras akal fikirannya, dia akan bersyukur. 'Aku bernasib baik. masih ada orang lain yang lebih malang dariku'.

Sebenarnya,bila kita fikirkan balik, Allah dah bagi semuanya cukup. Adil. Sempurna.
Bila kita rasa kekurangan,cuba muhasabah diri. Fikir kan tentang orang lain yang lebih malang.
Fikir balik apa kesenangan yang kita ada sekarang. Contohnya, kalau kita fikir kita ni tak hidup senang,duduk rumah kecik je. Cuba fikir orang lain yang homeless tu, tidur pun beralaskan kotak-kotak di tepi jalan.
Bagi saya, kalau kita mula rasa tak cukup, rasa macam 'kenapa nasib aku macamniii' , cuba tenangkan diri dan fikir. Fikir nasib orang lain yang lebih malang daripada kita. Jangan fikir orang yang lebih senang daripada kita,memang kita sentiasa rasa tak cukup. Bila kita dah bayangkan orang lain yang lebih susah daripada kita, kita akan mula sedar dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Setiap kali rasa kekurangan, jangan bandingkan diri dengan orang lain. Fikir balik apa nikmat yang Allah bagi pada kita. Setiap orang nasibnya berlainan. dan percayalah, segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada kita, PASTI ada hikmahnya.

Segala apa yang ada pada diri kita sekarang ni tak mungkin kita dapat kecuali dengan izin-Nya.
Tak kira sekecil zarah sekalipun kesenangan yang kita rasa, semua tu datang daripada Allah yang Maha Esa.

Mungkin. Mungkin ada sesuatu yang sentiasa kita pohon Allah makbulkan dalam setiap doa kita. Tapi masih belum tercapai atau termakbul.
Jangan putus asa, jangan putus harapan pada-Nya.
Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui.
DIA tidak memakbulkan doa kita tu mungkin kerana belum tiba saat yang sesuai. Mungkin DIA nak gantikan sesuatu yang lebih bermakna, lebih baik untuk kita.
Sentiasa lah bersyukur dan berprasangka baik kepada Sang Pencipta.

No comments: