Wednesday, May 22, 2013

Petronas


ASSALAMUALAIKUM~

erm nak start macamana ni eh?
Okay, so....inilah tempat kerja saya!
Bekerja sebagai cashier di Petronas seksyen 4 kota damansara. Saya start kerja 2 januari haritu dan berhenti pada 31 april yg lalu.
Yang best nya, kitorang 3 orang ni classmate. datang mintak kerja sama-sama pastu dapat sama-sama,hehe.
memang petronas ni pun dekat sangat dengan rumah. jalan kaki dalam 5 minit (kalau jalan laju) dan 10 minit kalau jalan sambil menghirup udara segar (tak segar pun asap kereta je yang dapat dihidu -,-).

KREW PETRONAS
Staf-staf kat sini semua cool and sporting gila. dengan supervisor memang kitorang kamceng, mmg boleh ngam la. semua kat sini pun tetiba jadi mcm muda gitu sebab bercampur dgn kitorang yang muda-muda ni,haha.


ala gambar ni tak clear sangat. from left, itu fatin. my classmate. tapi jarang dapat syif sama dengan dia. ee geram. sebelah fatin yang bajet-bajet comel konon nak buat gwiyomi tak jadi tuu ialah abang Min. he's the supervisor. sebelah dia tu(bercekak pinggang), abang Azam. Dia ni memang SUKAAA SANGAT BULI ORANG. yang peliknya, orang lain dia tak buli. saya je yang kena -,-
yang belakang tu, ialah Adan. dia ni sangat lah hyper suka karaoke dalam kedai nyanyi kuat-kuat. and dia sangat friendly dengan customer sebab dia memang banyak cakap. Kalau kerja dengan abg Min dengan Adan ni, haih lagi lah stress diorang tak berhenti berkaraoke. (saya yang segan tahu tak.haha) Pastu suka paksa saya join diorang karaoke memang tak laah ajlaa ni nak nyanyi en.haha
Actually ramai lagi staf (tak la ramai sangat dalam 4 orang lagi) tapi takde gambar lah pulak.
Overall memang staf sini baik dan sporting gila lah.

CUSTOMER
Customer ni biasalah bajet-bajet "customer is always right". ada yang baik tu,memang baik sangat. sampai kitorang selalu dapat makanan free customer bagi. kadang-kadang tu memang mood kita happy je sebab dapat customer macamni.
TAPII
bila customer yang annoying tuu,ya Allah. mampu spoil kan mood kita tahu tak. jenis tak faham bahasa pun ramai jugak. sebagai contoh en, customer nak isi minyak full. untuk pengetahuan eh, dekat kitorang punya computer tu, (eh panggil apa tah) tak ada pun button full. ni memang untuk safety la sebab kalau tetiba orang tu dah isi full, dia lupa atau saja buat-buat lupa nak pergi bayar kat counter, apa jadi? bayangkan kalau full kereta alphard tu, tak ke rugi about rm200? and siapa kena bayar? OF COURSE LAH CASHIER TU! 
so, customer sepatutnya bayar dulu seberapa banyak yang boleh, supaya nnt ada balance boleh datang ambik. 
okay,cakap pasal berapa dia nak kena bayar tu, depends la. driver tu sendiri kena tahu lah, berapa bar lagi tinggal. mesti dia sendiri boleh agak. ada customer ni, dia cakap "habistu saya kena letak berapa, seribu?" and nada suara dia memang tak puas hati la. and i was like "letak la rm100 ke, rm150 ke sebab balance boleh ambik" dalam hati nii rasa nak cakap je kat dia "mana lah saya tahu,tu kan kereta abang. kalau kereta saya, boleh la saya nak agak berapa!" tapi memang tak terluah la sebab kan customerrrrr is always right -,-
pastu sesetengah customer ni,kalau kita bagi dia cadangan utk letak berapa, contoh, kereta myvi. dia nak full so i usually ask them to give me about rm100. pastu boleh pulakk diorang ni jawab "eh cannot be lah,kereta myvi je tu, ada 2 bar lagi, rm50 pun dah cukup" HA! TAHU PUN NAK AGAK SENDIRI YANG MEMBAZIR AYAQ LIUQ TANYA KAMI NI BUAT APA. stress tahu tak dengan customer ni.
customer ni selalu ingat kena letak deposit je dulu kalau nak full. bagi rm20 nak full. bagi 20 memang kitorang set kan rm20 je ah.

paling bengang bila customer yang jenis datang,bagi duit,blah. 'woi pam berapa woi' macam lahh kita ni takde kerja lain nak tengok je dia sorang berjalan ke arah pam mana -,- susah sangat ke nak sengetkan kepala sikit, tengok pam tu nombor berapa, then baru bayar.

kebanyakan jumpa customer annoying ni time orang bayar minyak jelah. kalau yang beli barang dalam kedai ni tak banyak masalah sangat. cuma stress bila diorang bayar guna syiling banyak-banyak. pastu customer lain beratur kat belakang.haha paling malas nak amik customer yg bayar guna syiling ni.

Tapi customer yang annoying ni actually sekejap-sekejap je ada. kita jangan fikir sangat. biar je, anggap je dia tak wujud. kita takde kaitan pun dengan dia.haha

SUPPLIER
supplier makanan terutamanya.hehe diorang selalu bagi kitorang sikit makanan yang diorang supply tu. contoh macam kek, bila diorang hantar tu, dia bagi la satu atau dua bekas kat kitorang untuk makan. bila kek tu hampir expired, confirm la customer takkan beli so dia bagi kitorang je lah. bukannya expired lagi pun, memang elok je lagi tapi kalau customer taknak lah en beli makanan yg hampir expired.
kalau supplier ais krim atau air, kitorang acah-acah je, "bang,takde ke aiskrim freeeeeee" tetiba japgi dia datang bagi ais krim.hikhik
and sebab tu lah berat badan naikkk!


selalu bergaduh dua orang ni.




and special thanks to our boss, Puan Sabariah for all the support and guidance. terima kasih jugak buatkan jamuan perpisahan untuk kami,hehe.
Serius, Puan ni memang baik gila,lembut je. and kalau ada apa-apa masalah, nak cuti ke apa, bagitahu je confirm boleh dapat cuma kena bagitahu awal laa,biasa la kan.

Sebenarnya en, ada lagi nak cerita ni tapi macam dah panjang sangat je so cukup lah sampai di sini sahaja~ bila-bila saya cerita lagi yo.

Bye! =)

1 comment:

nadiah said...

hahha comel lah azmeera dgn laki yg selalu dorang gaduh tu. haha. untunglah petronas' famileyhhh~