Monday, June 10, 2013

Dilema lagi

Assalamualaikum. hehe apa khabar semua anak-anak? *berangan jadi pengasuh budak*

Hm sebenarnya, saya dalam dilema. Rasanya setiap masa kau dalam dilema Ajlaa.
Dilema apa? Dilema yang bukan lah dilema sangat tapi mengada nak fikir lebih-lebih.haha

Sebenarnya, saya akan sambung belajar mulai September nanti. insyaAllah, nanti saya update pasal sambung belajar ni eh?hehe.
Sementara nak sambung belajar ni, ada la dalam 2 bulan lagi. Saya terfikir nak kerja, bukan sebab boring duduk rumah. Cuma saya rasa kalau kerja,at least dapat juga gaji sikit-sikit. Dan dengan gaji tu, boleh la saya nak shopping, belanja duit tu sesuka hatiiii,hahaha. Bukan apa, kalau setakat nak beli tudung,shawl yang saja kita minat sebab cantik, segan pula rasa nak mintak mama atau abah belanja. sebab benda tu actually bukan keperluan sangat, dah ada tapi sebab cantik dan teringin.hehe Lepastu, kalau tekak saja teringin nak makan coklat ke keropok ke kacang ke, takkan benda tiga empat ringgit nak mintak mama beli? Sebabtu la nak kerja, at least ada jugak duit nak buat belanja diri sendiri.

Masalahnyaaaa,
nak kerja apa? Petronas? Alaa taknak lah,malas nak berdepan dengan customer yang macam-macam perangai tu.
Rasa macam teringin nak kerja kat nursery, jaga anak orang, jaga baby.hehe
Saya suka sangat dengan baby ni, siapa la yang tak suka kan?
Kat area rumah saya ni ada satu nursery, dekat sangat dengan rumah. Jalan kaki je.

Namun,cehceh haha. Ada beberapa perkara yang mungkin boleh menghalang niat saya ni,hehe.
1) Nursery tu nak ke terima budak lepasan spm?
2) Layak ke saya ni nak menjaga budak? okay yang ni penting sebab saya anak bongsu dan tak pernah ada pengalaman jaga budak kecil. daaaan, sebenarnya saya tak reti nak layan budak kecil yang banyak cakap. Kalau baby tu boleh la,setakat dukung, acah-acah dia tu boleh la,haha. Tapi kalau basuh berak dia, ehem errrrr, :P tak pernah lagi.
3) Mama dengan abah bagi ke nak kerja situ?haha mesti diorang pun tak yakin dengan kemampuan saya jaga anak orang ni.

Tapi honestly saya teringin sangat sangat nak jaga baby. Teringin nak layan budak-budak dan rasa disayangi oleh budak-budak tu. Tak kisah walaupun terpaksa hadap muka baby tu, suapkan makan, suap susu,tidurkan dia..hm mesti seronok kan.

Tapi ni cuma angan-angan. Kalau tak dapat nak kerja kat nursery,jaga anak orang takpe lah.. Jaga anak sendiri je nanti ye Ajlaa.hahaha


No comments: