Thursday, August 22, 2013

Alhamdulillah untuk 4 hari yang indah !



Assalamualaikum,

Semalam. Baru balik daripada kem El-Azzhar, Morib. Basically kem ni sebenarnya macam kem orientasi untuk pelajar yang bakal ke Mesir under AQM. Dan saya rasa salah satu objektifnya adalah untuk berkongsi pengalaman sepanjang senior-senior ni berada kat sana serta nak bagi persediaan kepada kitorang la.hehe

Selama 4 hari 3 malam saya berada kat sana, banyak sangat ilmu, kesedaran yang saya dapat daripada abang-abang dan kakak-kakak fasi (mereka juga senior dr universiti Al-Azhar, Assiut dan Zagazig.)

Sesetengah fasi cakap tak perlu panggil diorang 'kak'  atau 'abang' sebab umur takde lah jauh beza. dan saya sendiri pun kalau nak panggil fasi lelaki sebagai 'abang' pun, rasa macam err geli ah pastu nnt orang lain dengar pun mesti diorang ingat kita nak menggedik kan. Tapi tapi tapiii saya tak biasa pulak nak buat muka selamba panggil diorang ni guna nama je. macam tak hormat mereka as senior. So, panggil jelah abang ke kakak ke en.haha

So, dekat kem ni memang sangat menitikberatkan soal islam. Batas-batas pergaulan, semua benda lah. Banyak sangat ilmu yang saya dapat daripada senior, dan juga daripada kawan-kawan baru yg saya jumpa.

Saya ni kan, tak reti nak cakap kem ni best macamana, tapi senang cakap.. MEMANG BEST LAAH haha. Rasa sangat bersyukur sebab Allah pilih saya sebagai salah seorang peserta kem ni. Saya tak dapat nak cerita atau gambarkan betapa bestnya kem ni. haha

Okay ini adalah barisan facilitator yang sangat sangat AWESOME. Mereka tersangat lah baik, cool, sporting dan lawak gila tau. Diorang layan kitorang semua ni, macam adik-adik diorang sendiri. Sampai masa nak balik tu, saya tengok muka sorang-sorang fasi ni, ada satu rasa yang sayang sangat kt diorang ni sebagai abang kakak kita.





ini, group saya buat persembahan nasyid + sketsa + puisi. masa sketsa ni, diorang berlakon sampai menangis betul-betul k. saya berdiri kt depan tu pun dah bergenang air mata,haha. Dan saya, seperti biasa takkan jadi pelakon/penyanyi utama ye. Backup singer je kt belakang tu :p


Kak Qis punya suara,, pergh perghh merdu gila.



InsyaAllah, bakal housemate, bakal classmate, bakal doktor gigi. :)


Dormmate haritu,hehe.


Yang berjubah dan berkopiah putih yang tengah duduk tuu, ialah Professor Razali. Beliau dah banyak sangat membantu pelajar-pelajar islam untuk further study kat Mesir. Memang banyak sangat jasanya, dan semua bakal pelajar ke Mesir ni, dia layan macam anak sendiri tau. Baik sangat.


Meet, abang Luqie. Pelajar Farmasi, universiti Zagazig. Soft-spoken,humble, sporting. Erm baik gila lah,haha.


Yang paling kiri tu, Kak Wan. pelajar dentistry universiti Assiut. Sangat humble, pendiam dan pemalu rasanya,hehe dan bakal senior saya. insyaAllah.




Abang Bashir, (alaa tak ingat dia study kat mana,hehe.) Yang ni macam pemalu sikit kot,haha.


Abang Faiz, student dentistry, universiti Assiut first batch. InsyaAllah, ini lah salah sorang senior saya nanti,hehe.


Abang Yasin, student dentistry, universiti Al-Azhar. Teringat ada satu part ni, ada peserta perempuan (akhawat) dipanggil ke depan tau untuk bagi pendapat. Abang Yasin ni sebagai pengacara majlis la masa tu.
Akhawat : 'Sorry la saya gabra sikit.'
Abg Yasin : 'Gabra sebab saya ke?' (dengan muka innocent gila) haha perasan gila k :p



Abang Hassan. Pelajar ulum islamiah, universiti Al-Azhar. Mula-mula memang kitorang ingatkan garang tau,dengan suara besar garau gila. Rupanyaaaa lawak gilaa! Suka sangat perkataan "serious. Like...seriously" Kalau dia buat, dengan memek muka lagi, sumpah lawak gila.haha






Kalau tengok, nampak semuanya sebaya je kan. Fasi group kitorang, (lelaki paling kiri dan perempuan paling kanan) kecik je. haha




On my left, Kak Qis (student medic kt universiti Zagazig rasanya,hehe) and Kak Qay ( student medic kat Zagazig jugak)


Kak Eija, pelajar Farmasi universiti Zagazig. Akak ni sangat comel tau,suara dia pun alahaaii comel.


So,, pasal penerbangan kitorang ke sana. Seperti yang sudah sedia maklum, kerajaan tak bagi pelajar balik ke Mesir kan. So kitorang yang baru nak mendaftar kt sana pun, disuruh tangguh dulu flight. Tapi tak tahu tangguh sampai bila. Sepatutnya, flight kitorang 9 sept 2013. Tapi, setakat ni flight ticket ditangguh ke 24-28 sept 2013 pulak. Mungkin juga tangguh sampai Januari T__T So, tunggu la sampai arahan seterusnya. Saya pun tak tahu nak buat apa sementara tunggu penangguhan ni,haha.

Keadaan Mesir, seperti yang digembar-gemburkan oleh media ni (eceh ayat poyo) memang teruk. Tapi berdasarkan pengalaman senior sendiri, diorang cakap kawasan universiti aman je. Kat satu tempat tu je bergolak. Cuma, kerajaan suruh tangguh sebab takut pergolakan ni merebak ke kawasan-kawasan lain.

Jadi, wahai pembaca yang budiman... tolong lah. Doakan keamanan Mesir, doakan keselamatan saudara-saudara seislam kita disana. Dan doakan, agar Allah mempermudahkan kami untuk menuntut ilmu di tanah Arab yang penuh berkat tu dan insyaAllah, mencapai cita-cita kami sebagai doktor yang bertunjangkan Islam.

Saya sangat bersyukur sebab Allah pilih saya sebagai salah seorang peserta kem orientasi bakal pelajar ke Mesir ni. Banyak ilmu yang saya dapat. Bahasa Arab pun dapat tahu sikit-sikit.hehe Alhamdulillah ya Allah.


No comments: