Wednesday, July 24, 2013

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan

Assalamualaikum,hehe macamana puasa setakat ni? Penuh tak? Ok, mcm la ada orang nak jawab.haha

Tahu kan,keadaan Mesir sekarang ni yang tengah bergolak? Orang semua tanya 'eh Ajlaa jadi ke pergi Mesir,tak bahaya ke?!' haa thank you for your concern terharu kite.hikhik

Okay ni nak cerita ni. Risau jugak masa dengar berita pasal Mesir ni. Masa tu memang hati,otak,perut semua tak sedap memikirkan masa depan saya kalau tak dapat pergi Mesir ni. Matrik, upu semua dah tolak. :(
ĺpTime ni macam-macam fikir.
'ada lagi ke intake upu nanti'
'kalau ada pun mungkin ipts,kalau ipts mahal gila la pulak abah nak bayor'
'kalau tak dapat course yang saya minat ni macamana'
'takut masuk uni lambat je,bila nak start pengajian?'

Time tu mama dengan abah pun suruh google next intake untuk ipta, ipts semua. Suruh cari backup plan kalau apa-apa jadi kan. Saya memang stres gila nak nangis pun ada bila check ipts mahai gilaa. Last-last call uitm,diorang kata ada intake bulan disember. So saya dengan berat hatinya pergi la beli nombor pin pastu apply uitm tu. Masalahnya course yang ditawarkan pun dah limited. Course yang saya nak tak ada. Kena amik asasi atau diploma sains dulu (which means, susah jugak nak apply for medic/dental course ni). Bertambah la sedih tahu tak. 

Tapi tolong lah doakan pergolakan Mesir ni settle cepat,supaya saya dapat melanjutkan pelajaran di sana bulan september ni. Hm hehe.

Setakat ni, penerbangan kitorang ke sana still on. Diorang cakap, pergolakan tu memang tak libatkan student malaysia pun. Sekatan jalan takde, airport masih dibuka macam biasa,perniagaan pun berjalan spt biasa. Student yang sekarang ni ada kt Mesir pun, diorang cakap pergolakan berlaku kt sesetengah tempat je.  ok je diorang pergi kelas macam biasa Alhamdulillah takde apa pun.

Lega sikit hati ni bila dengar diorang cakap macamtu.hehe

So, tolong lah ye doakan semoga Allah permudahkan urusan saya untuk sambung belajar ni.hehe harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih! :D 

No comments: