Friday, December 31, 2010

goodbye 2010 #2

Okay, kita jumpa lagi dalam segmen mengingati kenangan pahit dan manis sepanjang 2010. haa cehceh.

   8. tahun 2010 ni jugak saya mengikuti program err apa eh nama dia, Jap, ha! eh tak tak, saya tak ingat program apa. tapi untuk form 3 jelah. and program tu memang best lah! 10/10 markah saya bagi. walaupun tempat tinggal kitorang cuma lantai kayu, tapi still, program tu best. yang tak boleh belah ni, ada lah sorang kepochi ni, sampai sampai je, time kitorang jalan nak pegi tempat penginapan, dia boleh cakap "ish, kita bayar 100 ringgit, ni je dapat??"hmm lebih kurang lah macam ni dia cakap. alahai cik kepochi, setakat bayar 100 hengget tu, dapat penginapan macam tu, okay lah, kira bagus kau dapat tidur atas katil, makan 5 kali sehari (kot), pastu dapat macam macam lagi. cara si kepochi ni cakap, macam tak fikir. bayar 100 hengget, jangan lah expect yang kau nak duduk kat tempat 5 star.

   9. hmm tahun ni jugak, akhir tahun lah, saya tengok perlawanan bola. siap pegi restoran lagi, tengok bola sebab tv kat rumah tak pasang lagi. semangat gila tengok bola. ya, time Malaysia main je saya tengok. kalau tak, channel sports pun saya tak bukak.

   10. saya baca puisi tanpa cara baca puisi yang betul kat depan orang ramai. takde lah ramai sangat tapi ramai lah jugak, satu dewan eh half je. semua budak form 3,hehe dan kalau nak tahu, puisi yang dikarang oleh saya dan jolina dan hidayah dan farah, tiara dan najihah ni, menang nombor 2 ke 3 tahu?tapi hadiahnya tak dapat lagi punnnn. ni pun saya tahu sebab dapat intai fail cikgu.hehe

   11. and paling best, saya pegi holiday satu family dekat indonesia. pegi jakarta dan bandung. memang best! rasa  macam nak pegi lagi oh. tapi yang utama nya, saya suka bila kapal terbang nak berlepas tu. time dia pecut pastu nak naik ke awan yang biru.waaa best gila!<<(budak batak baru first time naik kapal terbang)

hmm kalau nak tahu, saya ni jenis takut untuk buat sesuatu, i mean macam pegi naik pentas tak kisah lah nak amik hadiah atau nak buat persembahan, atau masuk forum remaja, masuk pertandingan, mula mula memang malu gila, perut memulas mulas nervous, lepas tu, lepas buat semua tu, mesti saya rasa macam nak buat lagi.hehe  dan kenangan paling paling manis adalah bila dapat pegi jalan jalan dengan kawan sehati sejiwa saya ni ha, nhn dan olyn. dan juga, of course, dengan family saya. =)

p/s : nanti saya sambung kenangan pahit pula ya.

No comments: