Tuesday, June 12, 2012

Love till Jannah. InsyaAllah

assalamualaikum :)


Bismillahirrahmanirrahim..
12 June
Happy Anniversary to my beloved mama and abah.
yang ke? 26. hehe jubli apa eh? perak. kot.

Mereka adalah anugerah terbaik yang Allah bagi pada saya.
tanpa mereka, tak ada lah saya hidup di muka bumi Allah ni.
terima kasih mama,abah sebab dah jaga Ya sampai besar, sampai debab dan comel macamni,hehe.
thank you sebab mama dengan abah sentiasa bagi sokongan kat Ya, and always be there for me.


Abah,
thank you sebab jaga Ya, besarkan Ya, dan buat seluruh keluarga kita bahagia.
Abah selalu buat lawak, and cheer up our family.
Muka garang (orang kata tentera memang garang.haha) tapi tu kat luar je. kat rumah, abah kita tersangat lah lawak,happy-go-lucky je.hihi
thank you abah,sebab sentiasa bagi sokongan pada Ya, dalam semua benda yang Ya buat.
thank you sebab selalu bagi Ya pergi lawatan, bercuti dengan classmates macam tahun lepas, semata-mata untuk bagi Ya pengalaman masa remaja ni.
abah sentiasa cuba untuk bagi apa yang Ya nak selagi benda tu tak melampau.
abah sentiasa ada untuk Ya,mama dan semua family kita.
YOU ARE THE BEST ABAH EVER FOR ME.
AND I LOVE YOU SO MUCH.


Mama,
thank you sebab lahirkan Ya,
menyusukan Ya,
besarkan dan jaga Ya sampai debab dan comel macamni (again..hihi)
thank you sebab hari-hari masak untuk kitorang makan,
mama selalu risau kalau anak bongsu dia ni balik lewat sikit pun dari sekolah,haha
kalau nak keluar hangout dengan kawan pun, mesti text dia selalu. (dah sampai rumah kawan, dah on the way,dah sampai, bila nak makan, masa nak pergi solat, then masa nak balik).haha
thank you sebab sentiasa ada di sisi Ya,abah, dan family kita setiap masa.
YOU ARE THE BEST MAMA EVER FOR ME.
I LOVE YOU SO MUCH.

Ya Allah, Engkau panjangkanlah umur mereka,
Engkau berkatilah hidup mereka,
kekalkanlah kebahagiaan keluarga kami,
kekalkanlah kasih sayang antara mereka sehingga ke Jannah Mu, Ya Allah.

Ya Allah, Engkau berikanlah kepadaku, keputusan SPM yang sangat cemerlang iaitu 9A+.
kerana aku ingin membuat mama dengan abah menangis. Menangis kegembiraan kerana anaknya berjaya.
Aku ingin membuat mereka berbangga denganku, Ya Allah.
Amin..


1 comment:

nhn said...

25 ah jubli perak :P