Sunday, December 16, 2012

Tawar-menawar

Assalamualaikum :)

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap aktiviti jual-beli di Plaza Low-Yat tadi, kebanyakannya memang akan tawar-menawar. Siapa yang tak tawar tersangat lah rugi okay.

So, tawar-menawar ni perlu sebenarnya untuk kita dapatkan sesuatu benda tu dengan harga yang lebih murah dan berbaloi.

Tapi kita kena pandai juga nak tawar-menawar ni. kadang-kadang menjadi, kadang tak. Saya sendiri, tak pandai sangat nak tawar-tawar ni. Paling-paling pun mintak kurang "kak, yg ni saya nak amik dua. kurang lah sikit kakk" Then kalau dia tak bagi saya beli jugak dengan harga asal tu.haha

Kalau abah, dia tawar habis-habisan punya. Sampai penjual tu garu kepala lah,haha. Dan selalunya abah memang dapat best price punya kalau dia beli handphone atau apa-apa gadget lain. Ayat power yang dia selalu guna, "kalau you tak boleh kurang i pegi kedai lain dulu lah" dan selalunya memang penjual tu mengalah and we got that best price.haha

Tapi saya selalunya rasa kesian gila bila abah start tawar-menawar ni. Mula-mula survey barang, then bila abah macam nak beli tu dia akan start tawar. and that moment, saya akan pergi ke tempat lain.haha sebab tak sanggup kot tengok muka kesian si penjual tu bila abah mintak harga kurang. Rasa kesian, tapi nak harga murah tu,haha.

So selalunya we will leave bargaining things to abah. Kitorang akan pilih apa-apa yang nak beli, and harga kita suruh abah yang mintak kurang :p

Oh ya. Masa kitorang survey handphone untuk mama tadi, ada satu kedai ni, kitorang tengok harga yg dia letak okay la juga dengan free gift yang dia bagi. Tapi abah cuba minta kurang. Then bincang-bincang, dia tak bagi juga kurang. And abah pun kata "okay takpe la kami pi survey kedai lain dulu lah ye". Then penjual tu cm "oh,ha okay". and guess what, lepas kitorang pergi dari kedai dia, dia pegi cakap kat kawan dia "haih,wasting my time la". but how would i know that? sebab kakak masa tu keluar dari kedai lambat sikit so she heard that. Sabor jelah haih. Standard ah orang datang mesti la nak survey dulu dan of course will go for the best price kan? apa, dia expect kita tengok pastu terus nak beli? ape lah dia ni.


No comments: