Sunday, March 9, 2014

MH370

Seluruh negara rasanya dah tahu pasal ni. Saya dekat egypt ni pun dah dapat macam-macam berita.
Ya Allah, takut sangat bila kita terbayang yang kita berada di tempat mereka. Bayangkan kita kena lalui detik-detik cemas macamtu. Masa tu lah terbayang depan mata muka mak ayah, muka suami atau isteri, muka anak-anak. Terbayang dosa dosa diri sendiri yang bertimbun.

Semua orang akan mati. Cuma berbeza cara kematiannya. Dah tertulis di Luh Mahfuz. Ada yang pergi dalam keadaan yang tenang, ada yang dalam keadaan ngeri. Yakin kah kita, yang kita akan mati dalam keadaan yang baik?

Kita tak tahu bila ajal bakal menjemput. Maka sebabtu Allah perintahkan agar kita sentiasa melakukan kebaikan. Sentiasa mengingati Dia.

Setakat ni saya tak tahu yang mana berita paling latest dan sahih pasal nahas pesawat MH370 ni. Banyak sangat cerita-cerita tersebar kat internet. Paling tak boleh terima,, cerita atau komen-komen orang yang tak tahu nak hormat perasaan orang lain. Ada yang buat cerita lawak tak berapa nak cerdik. Ada yang kaitkan dengan benda merepek-repek. Ada yang kaitkan dengan politik lah ape lah. Please, people. Respect others feelings. Awak tak rasa apa yang diorang rasa. Bukan mak ayah awak yang ada dalam pesawat tu. Bukan family awak yang hilang tu. Dan bukan AWAK sendiri yang berada dalam pesawat tu. You're not in their shoes. Me neither. So please, let us just pray for them. Maybe thats the least we can do.

Oh lagi satu, tak perlu kot upload gambar kat insta selfiedenganpakwemukabahagia pastu caption ; hashtag prayforMH370. Motip?

Haih sorry terlebih emo pulak.

Moga Allah permudahkan segalanya buat mangsa dan keluarga.
Moga diberi kekuatan dan kesabaran.
Moga selamat semuanya.

No comments: